Arnab bulan
Arnab bulan

Arnab bulan

Dalam budaya rakyat, arnab bulan atau arnab jed ialah seekor arnab yang tinggal di atas bulan, berasaskan pareidolia yang mengenal pasti tanda-tanda bentuk arnab pada bulan. Cerita ini wujud dalam pelbagai budaya, khususnya budaya rakyat Asia Timur, yang mana arnab ini digambarkan menggunakan lesung.[1][2] Dalam budaya rakyat Cina, ia sering digambarkan sebagai teman kepada dewi bulan Chang'e yang sentiasa melesung air marga jiwa untuknya; tetapi dalam budaya rakyat Jepun dan Korea pula, ia sekadar melecek ramuan-ramuan kuih pulut.